Sejauh mana anda menghargai diri selepas penat dengan kerja dan tugasan harian?

Sebagai manusia, kita perlu sekali sekala melakukan aktiviti-aktiviti untuk menghargai diri. Kami kongsikan 10 tips terbaik untuk menghargai diri.

Kenapa kita perlu menghargai diri? Sebagai seorang manusia, kita mengharungi kehidupan seharian dengan penuh pancaroba. Kita terpaksa mengimbangkan antara kerja dan juga urusan seharian. Oleh itu, apa salahnya kita beri sedikit masa untuk lakukan sesuatu untuk diri sendiri

  1. BERBELANJA
  • Sekali sekala kita perlu berbelanja untuk membeli sesuatu yang kita ingini. Sebagai contoh, ada sesuatu yang kita ingini tetapi berfikir-fikir untuk memilikinya kerana komitmen yang agak ketat. Bagaimanapun, kita perlu amalkan ‘membeli hadiah’ untuk diri sendiri.

2. MEMBELAI DIRI

  • Amalkan untuk membelai diri sendiri sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Kunjungilah salon atau spa untuk memanjakan diri. Aktiviti ini mampu menghilangkan stress dan merehatkan badan serta minda.

3. PUJI DIRI SENDIRI

  • Setiap hari luahkan kata-kata positif pada diri sendiri. Contoh “Hari ini saya cantik,”. “Hari ini saya akan lakukan yang terbaik,”. Mengeluarkan kata-kata yang baik dan positif dapat meningkatkan keyakinan dan menambah aura pada diri kita.

4. BERSENAM

  • Bersenam adalah penting. Dengan bersenam kita dapat mengekalkan kecergasan diri dan berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Aktiviti bersenam juga adalah riadah yang baik untuk mengisi masa lapang.

5. SPIRITUAL

  •  Luangkan masa untuk mendekati tuhan dengan berzikir, membaca al-Quran atau buku-buku agama. Pengisian spiritual juga memberi ketenangan kepada minda dan memberi ruang pada diri mendalami ilmu agama.

6. BEREHAT

  • Cari masa untuk berehat. Sayangi diri kita dan beri peluang kepada tubuh untuk redakan penat dari aktiviti harian dan juga kerja. Jika kita berterusan memaksa fizikal kita untuk terus berkerja, ia bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan badan malah akan turut mengganggu kesihatan mental.

7. REWARD DIRI BILA MENCAPAI KEJAYAAN

  • Motivasikan diri dengan hadiah setiap kali mencapai sesuatu kejayaan. Walaupun hanya kejayaan melaksanakan tugas ditempat kerja, rewardlah diri dengan barangan atau pun menjamu makanan yang sedap-sedap.

8. BERCUTI

  • Percutian ini amat penting. Luangkan masa bercuti. Bercuti ini bermakna berada di satu kawasan atau suasana yang bukan pada normaliti kita. Jika anda suka pantai, bercutilah ke pantai atau pulau, Jika anda suka bandar-bandar besar, bercutilah ke negeri-negeri atau negara-negara yang menarik. Atau paling mudah, ambil cuti rehat dan pulanglah ke kampung halaman bertemu keluarga.

9. MELETAKKAN DIRI DALAM LINGKUNGAN POSITIF

  • Ramai yang terlepas pandang mengenai pekara ini. Berada di dalam kelompok dan persekitaran yang positif memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Jika anda berada dalam persahabatan atau perhubungan yang toksik, cubalah Tarik diri sekiranya anda tidak mampu mengubah agar ia menjadi lebih baik. Bersama dengan orang yang positif secara tidak langsung merubah cara kita dalam kehidupan.

10. PEMAKANAN SEIMBANG

  • Makan makanan yang seimbang. Pemakanan yang baik menentukan tahap kesihatan kita. Kekurangan zat makanan atau protein makanan boleh mengakibatkan seseorang itu tidak cergas dan mudah letih. Maka keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu gagal berfikir dengan baik untuk membuat keputusan. Jadi permakanan seimbang juga antara penyumbang gaya hidup yang lebih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *