Kita mulakan tahun 2021 dengan azam baru, rancangan baru dan semangat baru. Tinggalkan yang lepas dan cuba mendaki kejayaan berdasarkan pengalaman lalu.

Tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar bagi usahawan secara global terutamanya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Bukan mudah untuk kekal stabil dalam keadaan dunia dilanda Pandemik COVID-19 yang semakin hari semakin membimbangkan tanpa ada petanda untuk surut.

Bagaimanapun, bagi A&A Empire Sdn Bhd, tahun 2020 meninggalkan sedikit ruang buat syarikat milik duo hebat ini untuk mencatat kenangan manis apabila diumumkan sebagai pemenang Nona Best Duo Entrepeneur Award.

Kejayaan ini terhasil daripada usaha bersama dalam merangka strategi untuk terus bertahan dalam ekonomi dunia yang goyah. Kejayaan ini milik semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pembangunan syarikat ini.

Sejak tahun 2016, Datin Ayu Roslan dan Aniza Shahadan telah membawa jenama Bokitta ke tahap membanggakan dan mecipta komunitinya sendiri sekaligus mencetusnya fenomena ‘Bokitta lovers’ di Malaysia.

 Bemula degan Bokittalover.com sebagai home-based online, syarikat ini berkembang  dengan pantas ekoran penerimaan yang memberangsangkan sehingga berjaya membuka outlet fizikal pertama di Ayer8, Putrajaya pada September 2016.

Berkat sokongan pelanggan dan Bokitta dari Lebanon, mereka seterusnya berjaya membuka flagship store pertama di Nu Sentral Shopping Centre pada bulan Mac 2018. Dalam tahun yang sama mereka bekerjasama pula dengan Parkson dan membuka cawangan di Setia City Mall, MyTown Shopping Centre dan Parkson KLCC.

A&A Empire mengatur langkah lebih jauh apabila memasuki  Alamanda Shopping Centre dan AEON Mall Shah Alam. Pencapaian ini diperolehi hanya dalam tempoh kurang daripada empat tahun operasi. Pada Februari 2020 pula, A&A Empire Sdn Bhd membuka cawangan seterusnya di Suria KLCC .

Dengan cabaran yang dihadapi, duo hebat ini berazam untuk terus mengecap kejayaan dan membuktikan wanita juga boleh berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *