Mask Acne’ masalah wanita masa kini.

Masalah kulit muka yang berkaitan jerawat merupakan mimpi ngeri bagi setiap wanita. Kulit muka berjerawat memberi ketidakselesaan kepada kepada empunya diri terutama dari segi keterampilan dan juga keyakinan diri.

Ditambah pula dengan keadaan dunia yang diserang pandemik Covid 19 di mana semua negara mewajibkan pemakaian pelitup muka, masalah jerawat dimuka semakin menjadi-jadi. Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif, pemakaian pelitup muka terlalu lama dan salah memilih material menjadi punca masalah kulit berjerawat menyerang.

Masalah jerawat akibat dari pemakaian pelitup muka atau lebih dikenali sebagai ‘Mask Acne’ terjadi akibat pengumpulan bakteria di kawasan muka. Minyak, geseran, alat solek dan juga peluh antara penyebab bakteria ini terkumpul.

Terdapat beberapa cara untuk mengelakkan daripada Mask Acne terjadi dan mengurangkan kesannya kepada wajah. Kami kongsikan anda beberapa tips.

  • Mencuci muka dengan betul.

Jadikan aktiviti mencuci muka sebagai rutin. Perkara yang paling penting dalam menjaga wajah adalah cara kita mencuci muka. Amalkan penggunaan ‘micellar water’ untuk membuang segala kekotoran dari alat solek yang kita pakai atau pun persekitaraan yang tercemar. Kemudian gunakan pencuci muka. Langkah ini kita panggi sebagai cucian berganda atau ‘double cleansing’.

  • Kerap menukar pelitup muka.

Jika anda mendapati kulit wajah anda amat sensitif dengan pemakaian pelitup muka, pastikan anda kerap menukar pelitup muka sekerap yang boleh. Jangan sesekali menggunakan pelitup muka yang sama berulang kali.

  • Kurangkan bersolek tebal.

Pemakaian alat solek berlebihan di muka akan mengakibatkan bahagian dalam pelitup muka menjadi kotor. Jika ia tidak dibersihkan (atau ditukar) dalam jangka masa panjang, bakteria akan terkumpul di kawasan tersebut.

  • Basuh pelitup muka. ( fabrik)

Walaupun pelitup muka fabrik boleh digunakan semula, harus ingat bahawa ia perlu dibasuh setiap kali digunakan. Pelitup muka fabrik adalah punca utama pengumpulan bakteria terutama apabila ia lembab akibat peluh kita.

  • Pelitup muka anti-bacteria.

Jika anda memilih untuk menggunakan pelitup muka fabrik, pastikan material pelitup muka dibuat daripada fabrik yang mempunyai ciri-ciri anti bateria. Fabrik yang digunakan juga haruslah boleh menyerap udara dengan baik bagi memastikan pemakaian yang kering dan selesa.

Jika anda masih tercari-cari pelitup muka fabrik yang sesuai, anda boleh mencuba Pelitup Muka dwi-muka Bokitta (reversible) dengan harga yang berpatutan. Dengan ciri-ciri N9 silver technology untuk kesegaran, anti bau dan juga anti bakteria, Pelitup Muka dwi-muka Bokitta diperbuat dari kain kapas yang berkualiti.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Bokitta Reversible Face Mask, boleh klik link di bawah:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *