TIPS memilih fabrik mengikut tona kulit. 

Terdapat tiga kategori tona kulit yang haru diambil perhatian dalam pemilihan pakaian dan juga aksesori.

Dalam pemilihan fabrik pakaian dan tudung, seseorang itu perlu peka dengan tona kulit sendiri sama ada tona kulit sejuk (cool tone), tona kulit panas (warm tone) atau Neutral. 

Sejauh mana kita faham mengenai konsep ini? Pernah tak kita melihat seseorang itu kelihatan sangat cantik bila memakai sehelai tudung namun, apabila kita memakai tudung yang sama, auranya tidak kesampaian. Ini kerana perbezaan tona kulit yang dibezakan dalam tiga kategori dan perlu disesuaikan dengan warna sepadan. 

‘Warm tone’ sesuai untuk warna merah, kuning dan juga jingga. ‘Cool tone’ pula sesuai dengan warna biru, hijau dan ungu manakala tona Neutral sesuai dengan semua warna. 

Bagaimana untuk mengetahui tona kulit anda? 

 1. Pemeriksaan urat

Periksa urat bahagian pergelangan tangan. Jika urat di bahagian pergelangaan tangan berwarna biru bermakna anda mempunyai tona kulit sejuk. Jika urat berwarna kehijauan beerti and mempunyai tona warna panas. Bagaimanapun, jika anda mempunyai gabungan kedua-dua warna hijau dan biru bermakna anda mempunya tona kulit neutral. 

 2.  Menggunakan aksesori

Wanita yang mempunyai tona kulit sejuk lebih sesuai memakai perhiasan dari platinum dan perak manakala wanita tona kulit panas lebih sesuai memakai emas. Oleh itu, kita nilai kesesuaian perhiasan aksesori pada diri sendiri. Adakah anda lebih menyerlah memakai emas atau memakai perak.

3. Menggunakan tuala putih

Bersihkan wajah daripada make-up dan tarik rambut kebelakang. Ambil tuala putih and lilitkan di leher anda. Warna putih akan menyerlahkan lagi warna tona kulit anda. Jika anda ternampak tona warna seakan-akan biru atau kemerahan atau keunguan pada wajah anda, kulit anda bertona warna sejuk. Namun sekiranya anda melihat warna kuning, beige atau keemasan , anda berkulit tona warna panas. Perlu diingatkan bahawa bukan kulit luaran yang menentukan warna tona tetapi undertones anda. Walaupun anda berkulit cerah, belum tentu kulit anda bertona.

Mari kita lihat jadual warna-warna panas dan sejuk. Anda boleh letakkan kulit anda berhampiran roda warna dan lihat warna yang mana lebih menyerlah. Tidak semestinya anda berkulit cerah dan tona warna anda adalah sejuk dan begitu juga sebaliknya.

Moga dengan tip ini, anda dapat menyerlahkan lagi penampilan anda dengan menentukan warna yang paling sesuai digayakan!!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *